Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki

Iklan
Seorang mekanik putus kaki kanan selepas terkena letupan semasa membaiki pendingin hawa sebuah kereta jenis Perodua Kancil di sebuah bengkel di Kampung Air Merbo Dalam, Tanah Merah pada Jumaat. Foto:JBPM

TANAH MERAH - [DIKEMAS KINI] Seorang mekanik putus kaki kanan selepas pendingin hawa sebuah kereta jenis Perodua Kancil tiba-tiba meletup di sebuah bengkel di Kampung Air Merbo Dalam di sini pada Jumaat.

Mangsa yang berusia 31 tahun itu dipercayai sedang membaiki pendingin hawa kereta tersebut.

Iklan
Iklan

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang, Pegawai Bomba Kanan I, Mat Nuri Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.03 pagi dan tiba di lokasi 11.10 pagi.

Seramai tujuh pegawai termasuk anggota telah dikerahkan ke lokasi dan mendapati terdapat kejadian letupan pada sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang berada di dalam bengkel terbabit.Foto:JBPM

Iklan

"Seramai tujuh pegawai termasuk anggota telah dikerahkan ke lokasi dan mendapati terdapat kejadian letupan pada sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang berada di dalam bengkel terbabit.

"Mangsa telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Tanah Merah selepas solat Jumaat.

Iklan

"Pemantauan telah dibuat dan keadaan terkawal serta selamat. Operasi tamat jam 11.40 pagi dan kes diserahkan semula kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Asisten Komisioner Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Ujarnya, siasatan lanjut masih lagi dijalankan.