United tawar Kai Rooney kontrak baharu

Iklan
Kai Rooney

KAI Rooney, anak legenda Manchester United, Wayne Rooney berpeluang mengikuti jejak bapanya selepas dilaporkan ditawarkan kontrak baharu oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Penyerang berusia 16 tahun itu yang bakal menamatkan persekolahannya pada musim panas ini telah lama beraksi di akademi United dan kelab dikatakan kagum dengan perkembangannya.

Iklan
Iklan

Menurut laporan The Sun, biasiswa musim panas ini atau menjelang musim baharu bakal diberikan, dengan kontrak profesional sedang dirancang.

Kai antara 14 pemain muda yang ditawarkan kontrak baharu oleh United termasuk Jacey Carrick, anak kepada pengurus sementara kelab, Michael Carrick.

Iklan

Bulan lalu, Kai mencipta detik bersejarah apabila kali pertama tampil dalam pasukan rasmi The Red Devils dalam kempen Piala Belia FA menentang Derby.

Sorakan 2,000 penonton memecah kesunyian di Old Trafford ketika Kai menggantikan pertahanan Godwill Kukonki pada masa tambahan, disambut laungan 'Rooney, Rooney' daripada penyokong.

Iklan

Difahamkan, keluarga Rooney masih belum membuat keputusan muktamad mengenai tawaran tersebut, namun sekiranya biasiswa itu bertukar menjadi kontrak profesional, penyerang kaki kiri itu dijangka memperoleh 50,000 pound setahun (RM300,000) berserta yuran tandatangan tahunan.