Detik ngeri belon berisi gas meletup dalam lif

Iklan
Rakaman CCTV menunjukkan belon itu meletup.-Agensi

MUMBAI – Tiga individu cedera selepas beberapa belon berisi gas mudah terbakar meletup di dalam sebuah lif sebuah bangunan kediaman di kawasan Goregaon West di sini pada Isnin.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan letupan berlaku sejurus selepas seorang penghantar memasuki lif sambil membawa belon yang dipercayai untuk majlis sambutan hari jadi di tingkat atas.

Iklan
Iklan

Letupan itu mencetuskan bebola api besar yang seketika menyelubungi ruang lif, menyebabkan ketiga-tiga individu panik dan meluru keluar untuk menyelamatkan diri.

Seorang wanita berusia 21 tahun dilaporkan mengalami kecederaan melecur pada tangan kanan, leher dan anggota badan, manakala penghantar belon berusia 32 tahun turut cedera.

Iklan

Sebelum kejadian, kelihatan penghantar bersama belon yang dibawanya masuk ke dalam lif.- Agensi

Polis mengesahkan belon tersebut diisi dengan gas hidrogen yang sangat mudah terbakar dan telah membuka kertas siasatan atas kecuaian terhadap pemilik kedai belon.

Iklan

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar mengelakkan membawa belon berisi gas mudah terbakar ke ruang tertutup seperti lif bagi mengelakkan kejadian sama berulang.- Agensi