PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) meluluskan pengimportan daging khinzir dari Brazil dan Thailand sebagai langkah menampung keperluan bekalan daging khinzir di pasaran tempatan semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina.
KPKM menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa semua daging khinzir yang diimport tertakluk kepada pematuhan kawalan keselamatan makanan serta prosedur operasi standard (SOP) kesihatan veterinar yang telah ditetapkan.