KUALA LUMPUR - Kepercayaan terhadap sesuatu jenama makanan lazimnya terbina dalam tempoh panjang, diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Situasi itu turut dialami Beras Cap Astana yang kekal menjadi pilihan sebahagian besar keluarga di negara ini. Jenama beras yang dahulunya dikenali sebagai Beras Cap Masjid telah berada di pasaran hampir tiga dekad dan mula diperkenalkan dalam banyak isi rumah sejak era 1990-an.
Bagi seorang suri rumah, Rahmah Suhott, Beras Cap Astana bukan sekadar keperluan dapur, sebaliknya menjadi sebahagian daripada rutin keluarga yang telah diamalkan sejak beliau mula berumahtangga.
Rahmah mengimbau zaman kanak-kanaknya yang mula menikmati makan nasi Beras Cap Masjid.
Rahmah bekata, arwah ibunya adalah individu pertama yang memperkenalkan beras berkenaan kepada keluarga mereka kerana yakin dengan kualiti dan kebersihannya.
“Dari dulu lagi emak guna beras ini. Apabila saya berkahwin, saya bawa ‘resipi’ kebiasaan itu ke rumah sendiri dan sampai sekarang masih guna jenama yang sama,” katanya.
Rahmah berkata, setiap kali memasak nasi menggunakan beras tersebut, ia mengimbau kenangan zaman kanak-kanak yang berkait dengan suasana makan bersama keluarga besar.
Bagi anak perempuannya, Nor Hafiza Nordin, 20, meskipun terdedah dengan pelbagai jenama beras baharu di pasaran, Beras Cap Astana tetap menjadi pilihan utama di rumah.
“Banyak jenama lain, tapi bila kesesuaian untuk seisi keluarga, kir soal rasa, tekstur nasi dan kesesuaian untuk seisi keluarga, saya masih pilih beras yang mak saya masih pilih beras yang mak guna sejak dulu,” ujarnya.
Nor Hafiza mengakui, kepercayaan terhadap jenama yang telah lama digunakan memberi keyakinan, khususnya apabila melibatkan makanan ruji harian.
Pandangan sama dikongsi oleh seorang lagi pengguna, Mahava Abd Rashid, 64, berkata, beras berkenaan telah digunakan sejak anak-anaknya masih kecil sehingga kini cucunya membesar turut menikmati beras itu.
Menurutnya, perubahan nama kepada Cap Astana tidak menjejaskan kepercayaan kerana kualiti beras yang digunakan kekal sama seperti dahulu.
“Nama boleh tukar, tetapi rasa nasi dan kualiti beras itu masih seperti yang kami kenal sejak dulu,” katanya.
Beliau berkata, beras tersebut sering menjadi pilihan ketika majlis keluarga kerana hasil nasinya yang cantik dan sesuai untuk pelbagai jenis masakan.
Sementara itu, cucunya, Muhd Haziq Aiman, 20, mengakui generasi muda masih cenderung memilih jenama sama walaupun terdedah kepada trend dan pilihan moden.
Katanya, faktor kebiasaan dalam keluarga serta keyakinan ibu bapa terhadap sesuatu jenama memainkan peranan besar dalam keputusan pembelian.
Nilai emosi dan kepercayaan kukuh
Dalam perkembangan berkaitan, pemilik jenama, Capital Route Sdn Bhd, sebelum ini menjelaskan bahawa penjenamaan semula kepada Beras Cap Astana dilakukan bagi mematuhi peraturan pelabelan tanpa menjejaskan identiti asal produk.
Syarikat itu turut memberi jaminan bahawa sumber beras, kawalan kualiti serta proses pengilangan dikekalkan bagi memastikan kepercayaan pengguna terus terpelihara.
Pemerhati industri berpendapat, jenama yang mampu bertahan lama lazimnya mempunyai nilai emosi dan kepercayaan yang kukuh dalam kalangan pengguna.
Keupayaan Beras Cap Astana mengekalkan pengguna setia merentas generasi membuktikan bahawa konsistensi kualiti masih menjadi faktor utama dalam pasaran beras tempatan.
Sokongan pengguna lama dan penerimaan generasi muda, Beras Cap Astana dijangka terus kekal sebagai jenama yang diwarisi dan dipercayai dalam isi rumah Malaysia.