Pilihan raya ala lumba kuda rugikan Melayu
Iklan
UMNO, Pas dan Bersatu bagaikan tiga beradik yang cuba memikat gadis sama iaitu pengundi nasionalis Melayu. - Gambar hiasan
MINGGU lepas kolum ini membincangkan ‘fobia demokrasi’ dalam kalangan ramai nasionalis Melayu yang takut dengan persaingan demokratik sungguhpun kekuatan orang Melayu sebagai golongan majoriti memang tiada sebarang keraguan.
Nasionalis Melayu bukan tidak suka hak dan peluang untuk memilih pemimpin atau wakil mereka, tetapi mereka harap persaingan itu diadakan dalam dua pusingan.