'Besar ertinya jika diagih sempena Ramadan'
Iklan
WIN menyambut baik agihan baki RM150 juta ini kepada golongan rentan termasuk mangsa keganasan rumah tangga.
SHAH ALAM - Agihan RM150 juta baki peruntukan penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 diharap dapat dilaksanakan secara telus, mudah diakses kumpulan sasar dan disertai sokongan jangka panjang.
Presiden Persatuan Wanita Inspirasi Negara (WIN), Norhimah Aziz berkata, sokongan jangka panjang meliputi perlindungan, perkhidmatan sesi kaunseling serta peluang buat wanita khususnya mangsa keganasan rumah tangga menjana ekonomi agar impaknya lebih berkesan.