KUALA LUMPUR - Philips Domestic Appliances mendefinisi semula masa depan masakan di rumah dengan memperkenalkan Philips Airfryer 5000 Series yang paling canggih dan serba boleh buat pertama kalinya di Malaysia.
Direka untuk merevolusikan masakan di rumah, penggoreng kering baharu ini menggabungkan fungsi Steam, Airfry dan SteamFry dalam satu peralatan berkuasa dipacu oleh teknologi RapidAir.
Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia, Patt Sue-Ann berkata, Philips Airfryer 5000 Series berupaya meningkatkan pengalaman memasak di rumah.
"Menggabungkan fungsi Steam, Airfry dan pembersihan mudah dalam satu peranti, dipacu Teknologi RapidAir kami untuk hasil yang konsisten dan hebat, rangup di luar, berjus dan lembap dengan fungsi stim tambahan.
"Kami percaya ini adalah permulaan kepada revolusi fry sebenar di dapur dan kami semua amat teruja,” katanya pada majlis perasmian eksklusif di Kuala Lumpur pada Khamis.
Sorotan utama program termasuk demonstrasi memasak menggunakan Philips Airfryer 5000 Series oleh pencipta kandungan dan influencer jemputan, Shafique Cute diikuti SteamFry Showdown oleh Cef Sarah Huang Benjamin.
Dalam pada itu, antara ciri utama Philips Airfryer 5000 Series termasuk kapasiti 7.2L, sesuai untuk keluarga dan penyediaan hidangan lengkap dalam satu masa.
Ia turut dilengkapi Teknologi Rapid Air untuk masakan pantas dan sekata tanpa bahagian hangus.
Selain itu, fungsi stim membantu mengekalkan kelembapan dan nutrien dalam makanan manakala fungsi fry untuk hasil rangup dengan sedikit atau tanpa minyak.
Berikutnya, fungsi SteamFry menggabungkan stim dan airfry untuk tekstur, rasa dan kualiti makanan yang optimum dan fungsi pembersihan sendiri Steam Wash menggunakan stim untuk mengurangkan gris bagi pembersihan mudah selepas memasak.
Direka untuk keluarga moden Malaysia terutamanya ibu bapa bekerja, Philips Airfryer 5000 Series menandakan satu evolusi baharu dalam masakan di rumah: Hidangan Berkualiti Dipermudahkan.
Dengan kapasiti besar, teknologi memasak termaju dan penyelenggaraan mudah dalam satu peralatan pelbagai fungsi, ia memberi kuasa kepada isi rumah yang sibuk menyediakan hidangan sihat dan berkualiti untuk seisi keluarga dengan lebih jimat masa, kurang peralatan dan kemudahan harian yang lebih baik.