Semak kelayakan SARA bermula hari ini

Iklan
Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan di portal rasmi SARA.

SHAH ALAM - Semakan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh dibuat bermula hari ini di portal rasmi SARA.

Kementerian Kewangan (MoF) berkata, Kerajaan Madani akan menyalurkan SARA RM100 secara ‘one-off’ bagi membantu 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, sepertimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Iklan
Iklan

"RM100 akan dikreditkan melalui MyKad masing-masing pada 9 Februari ini. Khas untuk pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

"Ini termasuk penerima SARA Bulanan," kata kementerian dalam kenyataan di Facebook pada Khamis.

Iklan

Semak boleh dibuat di pautan laman sesawang rasmi SARA iaitu sara.gov.my

Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2026 pada Oktober tahun lalu memaklumkan, SARA disalurkan pada pertengahan Februari sebagai persiapan menyambut Ramadan serta Tahun Baharu Cina.

Iklan