Ronaldo diiklan sebagai ‘orang hilang’, jadi bahan ejekan pasukan lawan

Iklan
Poster yang didakwa dilekatkan di sekitar bandar Riyadh.

BINTANG sensasi Al Nassr, Cristiano Ronaldo kini menjadi bahan jenaka penyokong pasukan lawan apabila wajahnya 'diiklankan' sebagai orang hilang di sekitar bandar raya Riyadh, Arab Saudi.

Kejadian mencuit hati dan penuh provokasi itu berlaku susulan tindakan pemain kelahiran Portugal tersebut yang dilaporkan memboikot perlawanan menentang Al Riyadh.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Ronaldo bertindak demikian sebagai tanda protes terhadap dasar pengambilan pemain oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi yang didakwa berat sebelah selepas penghijrahan Karim Benzema dari Al Ittihad ke musuh tradisi, Al Hilal.

Menurut laporan Mundo Deportivo, poster-poster yang memaparkan wajah Ronaldo memakai jersi Al Nassr sedang menangis telah ditampal di pelbagai lokasi strategik dan jalanan di Riyadh.

Iklan

Poster tersebut dibuat seperti iklan pencarian orang hilang dengan kapsyen dalam bahasa Arab yang menyindir.

"Wahai orang ramai yang prihatin! Seorang lelaki berusia 40-an yang mengalami masalah kuat menangis telah hilang. Keluarga dan rakan-rakannya sedang mencarinya. Sesiapa yang menjumpainya, sila hubungi 7777-222-43-41," tulis iklan itu.

Iklan

'Iklan' tersebut nyata menimbulkan pelbagai reaksi netizen di media sosial yang menyifatkan ia sebagai 'troll' tahap tertinggi dalam bola sepak Arab Saudi.

"Haha, poster Ronaldo 'hilang' di jalanan Riyadh? Ini benar-benar kemuncak jenaka daripada pihak lawan," tulis seorang pengguna media sosial.

Malah, ada yang menambah 'perisa' dengan mendakwa bekas bintang Real Madrid itu sengaja 'melarikan diri' kerana kehadiran Benzema di kelab pesaing.

"Ronaldo lari sebab Benzema," sindir seorang netizen, manakala seorang lagi menambah,"Bila keadaan jadi sukar, Ronaldo memang terkenal dengan tabiat menghilangkan diri."

Biarpun teruk diperli, peminat setia CR7 tetap tampil mempertahankan kapten mereka dengan menegaskan beliau sedang berada di rumah menjalani latihan kecergasan dan protes itu adalah mesej serius terhadap ketidakadilan liga.