NRES tubuh jawatankuasa khas teliti SOP penguatkuasaan JAS
Iklan
Syed Ibrahim
SHAH ALAM – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bakal menubuhkan satu jawatankuasa khas atau task force di peringkat kementerian dalam masa terdekat bagi meneliti secara menyeluruh prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Cadangan itu dikemukakan susulan pendedahan kes penahanan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan seorang penolong pegawai JAS oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu lalu, berkaitan siasatan isu pengurusan sisa elektronik (e-waste).