Menangani gangguan berfikir
Iklan
Gangguan berfikir bukan bermaksud seseorang itu ‘lemah iman’ atau ‘tidak kuat mental’, namun ia pengalaman manusiawi yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Gambar hiasan
HAMPIR setiap hari, kita ‘dihidangkan’ dengan kejadian tidak masuk akal. Peristiwa anak membunuh ibu sendiri adalah kemuncak malapetaka yang berlaku dalam masyarakat.
Pada masa sama, perbuatan membunuh pasangan hidup, kenalan dan individu yang berkepentingan semakin meningkat saban hari. Bahana apakah yang menimpa kita sekarang?