Ada agensi umrah Malaysia digantung
Iklan
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada Selasa mengumumkan penggantungan kontrak bersama 1,800 agensi pelancongan asing yang beroperasi dalam sektor umrah.
SHAH ALAM – Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) percaya terdapat syarikat dari Malaysia turut tersenarai dalam 1,800 agensi pelancongan sektor umrah yang kontraknya digantung oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham bagaimanapun berkata, Papuh tidak mengetahui angka sebenar agensi pelancongan negara ini yang terlibat dengan penggantungan tersebut kerana lazimnya ia hanya dimaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di Arab Saudi.