Benda boleh bincang buat apa nak tular
Iklan
Hari ini, media sosial mengambil alih peranan bukan sekadar saluran aduan, tapi sudah jadi senjata. Gambar hiasan
SAYA masih ingat, minggu pertama saya menjadi wartawan, ketua saya berpesan. Katanya, kalau dapat aduan masalah daripada orang ramai berkaitan dengan mana-mana jabatan kerajaan, tanya dahulu, “Sudah buat laporan kepada pihak berkenaan, belum?”
Kalau jawapannya belum, kita akan minta secara hormat, “Buat laporan dulu, kalau tak selesai, baru datang jumpa kita balik.”