Kanser otot rampas impian pelajar 8A
Iklan
Muhammad Syukri dan Abdul Latif semasa ditemui di rumah mereka
di Kampung Bukit Derang, Pokok Sena.
POKOK SENA – Impian seorang pelajar cemerlang untuk menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terpaksa ditangguhkan apabila dia disahkan menghidap kanser otot rabdomiosarkoma tahun lalu.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim, Muhammad Syukri Abdul Latif, 19, yang memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 itu bercita-cita menjadi guru.