‘Gastrik’ sebenarnya mungkin kanser perut - Dr Jing Kim
Iklan
Gaya hidup memainkan peranan besar dalam meningkatkan ketidakselesaan perut dan risiko kanser. Foto hiasan
KUALA LUMPUR - Pakar perubatan memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar tidak memandang ringan ketidakselesaan berterusan pada bahagian atas abdomen dengan melabelkannya sebagai gastrik kerana penyalahgunaan istilah itu boleh melambatkan diagnosis penyakit serius termasuk kanser perut.
Pakar Bedah Am, Gastro-Usus Atas dan Bariatrik, Pusat Perubatan Sunway, Dr Sou Jing Kim berkata, penggunaan frasa 'sakit gastrik' yang sering digunakan tidak tepat dari aspek perubatan dan sering membawa kepada andaian berbahaya.