‘Rasa tak berdaya ulang-alik tapi itu paling dekat’
Iklan
Perjalanan jauh yang ditempuhi setiap kali rawatan cukup memenatkan, menyeksa tubuh dan mental Lathifah.
KUANTAN - Menempuh perjalanan lebih 280 kilometer berulang-alik dari rumah ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan menjadi rutin buat pesakit kanser payudara tahap empat, Lathifah Abdullah sejak tiga tahun lalu.
Ibu yang berusia 48 tahun dan mempunyai seorang anak dan kini tinggal di Felda Keratong 1, Bandar Tun Abdul Razak, Rompin itu berkata, perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, yang mengambil masa lebih dua jam sehala cukup memenatkan.