Harga kemajuan
Iklan
Robot pembantu rumah yang boleh menyediakan sarapan, mencuci dan melipat pakaian, membersihkan rumah, mengawal peranti pintar dan melakukan pelbagai tugas ringan.
SEJAK mula diperkenalkan di New York pada Jun 1967, Pameran Elektronik Pengguna (CES) tidak pernah gagal membuat pengunjungnya berasa dua perkara serentak: tertinggal dan berharap.
Tertinggal kerana melihat teknologi baharu yang terasa seperti datang dari masa depan dan berharap suatu hari nanti, kalaupun bukan semua, sebahagiannya akan jadi milik sendiri.