RM42,700 menanti pemancing di Pantai Kelanang

Iklan
Ahmad Roslan (kiri) menunjukkan ikan pari seberat tujuh kilogram yang pernah dipancing di Pantai Kelanang.

BANTING – Hadiah wang tunai berjumlah RM42,700 menanti para pemancing yang menyertai Pertandingan Memancing Terbuka Selangor 2026 di Pantai Kelanang dekat sini Ahad ini.

Pertandingan anjuran Pertubuhan Penggerak Aktiviti Pantai Kelanang (Penggerak) itu menawarkan hadiah wang tunai RM20,000 kepada juara, RM3,000 bagi naib juara manakala tempat ketiga membawa pulang RM1,000.

Iklan
Iklan

Pemenang tempat keempat hingga ke-80 turut menerima hadiah wang tunai antara RM200 hingga RM700 setiap seorang.

Pengerusi Penggerak, Ahmad Roslan Kiran berkata, pertandingan berkenaan merupakan penganjuran kali kedua pertubuhan itu sejak ditubuhkan pada 2023.

Iklan

Menurutnya, acara tersebut dijangka menghimpunkan pemancing dari seluruh negara berikutan Pantai Kelanang merupakan antara lokasi yang amat sesuai untuk aktiviti memancing.

“Selain kaya dengan pelbagai spesies ikan, Pantai Kelanang juga mempunyai kemudahan lengkap seperti tempat letak kereta, tandas, surau dan lokasi menjamu selera yang amat diperlukan oleh peserta serta pengunjung.

Iklan

“Berikutan keadaan air pasang pada awal pagi, pertandingan akan bermula seawal jam 8 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya.

Ahmad Roslan (kiri) menunjukkan ikan pari seberat tujuh kilogram yang pernah dipancing di Pantai Kelanang.

Beliau berkata, bagi memudahkan urusan peserta, kaunter pendaftaran akan dibuka selama 24 jam bermula jam 4 petang Sabtu.

Menurut Ahmad Roslan, antara spesies ikan yang sering didaratkan di pantai berkenaan termasuk pari, belukang, semilang, gelama dan beberapa spesies lain, dengan rekod tangkapan pari seberat tujuh kilogram yang dicatatkan pada 2023 masih kekal sehingga kini.

Katanya, selain hadiah utama bagi kategori ikan terberat, pihak penganjur turut menyediakan hadiah wang tunai bernilai RM250 bagi setiap kategori spesies terbesar.

“Antara spesies yang dipertandingkan ialah duri, belukang, semilang, gelama, gerut, todak, malong, ikan lembu, tapak kasut, pari dan ketuka.

“Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM100 bagi satu joran dan peserta berpeluang memenangi lebih daripada satu hadiah,” katanya.