Kes kebakaran terbuka di Melaka meningkat lima kali ganda

Iklan
Mohd Zaidi

MELAKA - Sikap membuang puntung rokok dan aktiviti membakar sampah tanpa kawalan antara punca kes kebakaran terbuka meningkat lima kali ganda pada Januari lalu berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Zaidi Ma’at berkata, sebanyak 285 kes direkodkan bulan lalu berbanding 57 kes pada Januari tahun lepas, membabitkan kebakaran sampah, lalang dan belukar, hutan serta kebun.

Iklan
Iklan

“Kebakaran ini sukar berlaku secara sendiri, sebaliknya mesti ada pencetus. Antaranya ialah sikap masyarakat sendiri termasuk aktiviti merokok, kerana kebanyakan kebakaran berlaku di kawasan tepi jalan.

“Mungkin pengguna jalan raya membuang puntung rokok dan dengan keadaan cuaca sekarang yang panas serta angin kuat, api daripada rokok boleh merebak. Begitu juga aktiviti membakar sampah yang tidak terkawal,” katanya semasa Majlis Perbarisan Tahunan 2026 di Ibu Pejabat JBPM Melaka, pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut beliau berkata, aktiviti pembersihan tanah dan pembakaran sisa pertanian oleh peladang turut menyumbang kepada peningkatan statistik berkenaan.

Katanya, walaupun negara dijangka berada dalam Monsun Timur Laut sehingga Mac, cuaca yang lebih kering dan panas ketika ini berisiko meningkatkan kes kebakaran terbuka.

Iklan

Beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak melakukan pembakaran terbuka tanpa kawalan serta sentiasa berwaspada dalam semua aktiviti yang melibatkan api, termasuk semasa perkhemahan.