Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi

Iklan
Pegawai kesihatan Gaza menganggarkan kira-kira 22,000 pesakit sedang menunggu sempadan itu dibuka semula sepenuhnya.

ISTANBUL - Sempadan Rafah di antara Mesir-Gaza kembali beroperasi secara rasmi pada Isnin, dengan 50 orang dijangka meninggalkan Gaza manakala 50 yang lain dijadualkan pulang, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Al-Qahera News melaporkan pada Isnin bahawa kumpulan pertama rakyat Palestin telah tiba di sempadan tersebut.

Iklan
Iklan

Pihak Palestin di sempadan Rafah mula beroperasi secara percubaan pada Ahad selepas ditutup sepenuhnya selama lebih 18 bulan disebabkan sekatan Israel.

Kira-kira 50 rakyat Palestin dijangka memasuki Gaza, manakala 150 pesakit serta pengiring mereka dijadualkan meninggalkan kawasan kepungan itu untuk mendapatkan rawatan perubatan di Mesir, menurut media Israel.

Iklan

Pegawai kesihatan Gaza menganggarkan kira-kira 22,000 pesakit sedang menunggu sempadan itu dibuka semula sepenuhnya.

Israel telah mengawal bahagian Palestin di sempadan Rafah sejak Mei 2024, semasa kempen ketenteraannya di Gaza yang bermula pada Oktober 2023. - Bernama/Anadolu

Iklan

 sempadan Rafah, operasi, Gaza, lintasan