Polis rakam keterangan pelakon lelaki dakwa mangsa liwat

Iklan
Polis merekod keterangan seorang pelakon lelaki yang mendakwa menjadi mangsa perbuatan luar tabii ketika mangsa masih kanak-kanak dalam kejadian dilaporkan berlaku pada tahun 2005. Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Polis telah merekod keterangan seorang pelakon lelaki yang mendakwa menjadi mangsa perbuatan luar tabii ketika mangsa masih kanak-kanak dalam kejadian dilaporkan berlaku pada tahun 2005.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pengadu berusia 35 tahun telah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, percakapan pengadu telah dirakamkan pada Ahad.

"Setakat ini, polis telah mengambil keterangan pengadu bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.

Iklan

"Siasatan awal mendapati kejadian yang didakwa berlaku adalah pada tahun 2005,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Fadil

Iklan

Fadil berkata, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan.

Jelas beliau, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, pihak polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pelakon lelaki itu.

Terdahulu, individu terbabit memuat naik kenyataan di media sosial mendakwa pernah menjadi mangsa perbuatan itu ketika masih kanak-kanak melibatkan individu yang lebih berusia, mempunyai kedudukan dan didakwa mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

Individu berkenaan mendakwa. kejadian tersebut berlaku sejak sekian lama dan beliau hanya berani bersuara selepas berada dalam keadaan lebih selamat serta stabil untuk berkongsi perkara yang berlaku.

Menurutnya, pendedahan dibuat bukan kerana dendam, sebaliknya bagi memberi kesedaran dan perlindungan kepada pihak lain yang mungkin pernah melalui pengalaman hampir sama.