IPOH - Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas di dalam parit di Pekan Sungai Dulang dekat Hutan Melintang pada Isnin.
Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 9.42 pagi.
Iklan
Iklan
"Lelaki berusia 83 tahun itu dipercayai terjatuh sebelum lemas di dalam parit berkenaan. Sebaik bomba tiba, mangsa telah dibawa ke tepi parit oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi menyelamat, katanya tamat sepenuhnya pada jam 10.46 pagi. - Bernama