'Kami terima hakikat'
Iklan
Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengawal pengedaran minyak masak bersubsidi di Malaysia, sekali gus mengekang pembelian oleh warga asing.
KEPALA BATAS - Beberapa warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini menerima hakikat mereka tidak lagi dapat menikmati subsidi yang dinikmati oleh rakyat tempatan.
Menurut Rahman, 47, yang tinggal di negara ini sejak 10 tahun lalu, dia tidak berkecil hati dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, malah memahami subsidi diberikan merupakan keistimewaan untuk rakyat negara ini sahaja.