Kerajaan boleh jimat hingga RM12 bilion - Penganalisis
Iklan
Kerajaan dijangka dapat menjana penjimatan sekitar RM10 bilion hingga RM12 bilion setahun selepas warga asing tidak lagi dibenarkan menikmati barangan subsidi seperti minyak masak peket dan petrol RON95.
SHAH ALAM - Kerajaan dijangka dapat menjana penjimatan sekitar RM10 bilion hingga RM12 bilion setahun selepas warga asing tidak lagi dibenarkan menikmati barangan subsidi seperti minyak masak peket dan petrol RON95.
Pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, jumlah itu mengambil kira ketirisan yang berlaku termasuk penyeludupan ke negara jiran sebelum pelaksanaan tersebut dibuat.