Carrick mahu bawa pulang Rashford ke Old Trafford

Iklan
Marcus Rashford

PENGURUS sementara Manchester United, Michael Carrick dilaporkan berminat untuk membawa semula Marcus Rashford kembali ke Old Trafford sekiranya beliau diberikan kepercayaan menggalas tugas pengurus secara tetap.

Pemain antarabangsa England itu kini sedang beraksi secara pinjaman bersama Barcelona pada musim ini dengan skuad kendalian Hansi Flick memiliki pilihan untuk menjadikan perpindahan tersebut kekal pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Iklan
Iklan

Rashford sebelum ini tidak berada dalam perancangan bekas pengurus United, Ruben Amorim, namun situasi kini tampak berbeza di bawah kendalian Carrick.

Penyerang itu meninggalkan United untuk menyertai Barcelona dan setakat ini mempamerkan impak sangat positif bersama gergasi Sepanyol itu.

Iklan

Setakat ini, Rashford telah meledak sembilan gol, lima daripadanya dalam saingan Liga Juara-Juara dan merekodkan sembilan bantuan gol dalam 31 penampilan.

Pemain berusia 28 tahun itu yang sebelum ini dianggap tidak diperlukan oleh Amorim, kini dilaporkan berminat untuk menjadikan perpindahannya ke Camp Nou sebagai satu tempoh kekal.

Iklan

Bagaimanapun, masih menjadi tanda tanya sama ada Barcelona mampu memenuhi klausa pelepasan bernilai €26 juta yang ditetapkan.

Menurut laporan The Telegraph, walaupun Carrick berhasrat melihat bekas rakan sepasukannya itu kembali menyarung jersi United musim depan, perkara itu disifatkan sebagai sukar untuk direalisasikan.

Terdahulu, Amorim pernah mengeluarkan kenyataan pedas apabila dia menegaskan lebih sanggup menyenaraikan jurulatih penjaga gol berusia 63 tahun di bangku simpanan berbanding pemain yang tidak memberikan komitmen terbaik, merujuk kepada pertanyaan mengenai Rashford.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Manchester United juga dikatakan berminat untuk mengurangkan beban bil gaji tinggi pemain tersebut yang masih mempunyai baki kontrak sehingga tahun 2028.

Laporan sama turut menyatakan bahawa Rashford kini berasa gembira di Barcelona malah Flick mahu beliau kekal dalam skuadnya.