E-waste: Siapakah yang paling cerdik?
Iklan
Import e-waste dari Amerika Syarikat ke Malaysia sahaja meningkat 132 peratus pada tahun sama China haramkan e-waste. Foto: Bernama
AKTIVITI ‘melombong’ logam, polimer mahupun pelbagai jenis bahan kimia dari sisa elektronik atau e-waste dengarnya memang menguntungkan. Apatah lagi permintaan dan harga kebanyakan logam melambung kini.
Dalam 1 tan sisa papan litar sahaja, dianggar ada 143 kilogram (kg) tembaga, 0.5kg emas, 40.8kg besi, 29.5kg plumbum, 2kg timah, 18.1kg nikel, dan 10kg antimoni boleh diekstrak dan dijual.