Babi, budu dan belacan
Iklan
Kerajaan Selangor akhirnya bersetuju membatalkan sementara projek ternakan babi secara besar-besaran di Bukit Tagar. Foto hiasan
ALHAMDULILLAH, kerajaan Selangor akhirnya bersetuju membatalkan sementara projek ternakan babi secara besar-besaran di Bukit Tagar seperti dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tahniah kepada penduduk Hulu Selangor khususnya Felda Soeharto, Felda Gedangsa, Felda Sungai Tengi dan Felda Sungai Tengi Selatan kerana menyuarakan bantahan mereka. Walaupun dilakukan secara aman, suara mereka tetap didengar, tak perlu nak berguling-guling atas jalan.