Seludup dadah dalam penjara akan terus disiasat
Iklan
Datuk Mohd Khalil Kader Mohd
JOHOR BAHRU - Polis akan terus memburu pelaku serta sindiket yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah ke dalam penjara Simpang Renggam, baru-baru ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, siasatan berhubung perkara itu tidak akan berhenti dan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Iklan
Iklan
"Sebenarnya koordinasi polis dengan Jabatan Penjara dalam hal ini sudah lama wujud. Ini salah satu yang dapat didedahkan, dapat tangkap hasil kerjasama kita yang rapat.
"Jadi kita tidak akan berhenti (siasatan) sebab kita tahu ia sudah berlaku. Kita akan teruskan lagi usaha-usaha mengesan (penglibatan sindiket)," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Iklan
Mohd Khalil berkata, pihaknya juga akan melihat terlebih dahulu siasatan yang dibuat sebelum mengaitkan perkara ini turut berlaku di penjara-penjara yang lain.
Ditanya mengenai dalang di sebalik kejadian itu, beliau bagaimanapun tidak mahu lagi mendedahkan kerana masih terlalu awal.
Iklan
"Itu kena lihat dulu apa yang berlaku, siasatan yang kita buat di Simpang Renggam, sama ada dari segi jaringan, mempertingkatkan siasatan, semua kita akan kaji dahulu.
"Saya tidak boleh jawab (pembabitan orang dalam penjara), sebab ia masih dalam siasatan dan kes itu baru lagi," katanya.
Semalam, media melaporkan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang disyaki menyeludup masuk bahan terlarang itu untuk kegunaan tahanan di Penjara Simpang Renggam, Johor.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, seramai lima individu ahli sindiket itu ditahan dalam dua serbuan di sekitar Johor, Sabtu lalu.
Katanya, tangkapan itu dibuat susulan penahanan empat suspek pada tahun lalu yang disyaki menggunakan tahanan untuk menyeludup masuk pelbagai jenis dadah ke dalam penjara.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>