Guru mahir Braille kurang, kerajaan disaran sediakan kelas
Iklan
Negara berdepan kekurangan guru mahir Braille sehingga menyebabkan guru bukan opsyen terpaksa ditempatkan untuk mengajar murid berkeperluan khas masalah penglihatan.
SHAH ALAM - Negara sememangnya berdepan kekurangan guru mahir Braille sehingga menyebabkan guru bukan opsyen terpaksa ditempatkan untuk mengajar murid berkeperluan khas masalah penglihatan.
Pengerusi Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Hasnah Toran berkata, berdasarkan pemerhatiannya ketika turun ke sekolah, terdapat guru yang mengajar murid pendidikan khas tanpa memiliki sijil yang sepatutnya.