'Pas tidak terlibat dalam urusan rumah tangga Bersatu'

Iklan
Iskandar Abdul Samad

SHAH ALAM - Pas menegaskan tiada sebarang serangan daripada parti itu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertujuan untuk memaksa Presiden Bersatu itu meletakkan jawatan.

Bendahari Agungnya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, pemimpin-pemimpin Pas hanya membuat komen berdasarkan krisis politik di Perlis dan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

"Bukan Pas memaksa Muhyiddin meletakkan jawatan, tetapi ia adalah tindakan beliau sendiri. Jadi, jangan salahkan Pas jika terdapat serangan dari dalam parti Bersatu.

"Tolong jangan libatkan Pas di dalam urusan rumah tangga Bersatu," katanya kepada Sinar Ahad.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berhubung isu yang berlaku dalam PN termasuk komplot 'Muhyiddin Exit'.

Iskandar bagaimanapun berkata, Pas mahu melihat PN diperkukuhkan tanpa melakukan perkara-perkara yang akan menjejaskan kekuatan serta pengaruhnya.

Iklan

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Marzuki pula yakin kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.

"Insya-ALLAH, (sedang) dalam pemulihan dan PN akan kukuh," katanya ringkas.