Duit minyak: Kes BN lain, kes PH lain

Iklan
Syahredzan Johan

KUALA LUMPUR - Peguam yang juga Setiausaha Politik Lim Kit Siang menjelaskan senario rasuah pada PRU14 di Parlimen Cameron Highlands dengan pemberian duit minyak kepada sukarelawan PH ketika PRK bagi kerusi itu adalah perbezaan bagai siang dan malam.

Syahredzan Johan berkata, kes bagi kawasan Parlimen berkenaan pada 9 Mei tahun lalu diisytiharkan sebagai terbatal mengikut kesalahan menyogok di dalam Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Iklan
Iklan

Katanya, calon BN sebelum ini, Datuk C Sivarraajh tidak membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan malah tidak pernah mengutarakan alasan bahawa individu-individu yang diberikan wang itu adalah sukarelawan kempen BN semasa PRU lalu.

"Kedua-dua senario ini adalah berbeza bagai siang dan malam, dan tidak patut digolongkan dalam suatu kategori.

Iklan

"Seperti yang telah dijelaskan oleh Arvind Bharet, pembantu kepada ketua operasi PH Jelai, gambar-gambar yang tersiar dalam media sosial menunjukkan sukarelawan parti di Cameron Highlands dibayar balik untuk perbelanjaan mereka menghadiri majlis penamaan calon bagi PRK, yang akan diisytiharkan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan kempen,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Malah katanya, Pengerusi Besih, Thomas Fann, menjelaskan membayar balik sukarelawan adalah sah di sisi undang-undang sekiranya bayaran itu adalah termasuk dalam RM200,000 yang dibenarkan sebagai perbelanjaan kempen dan diisytiharkan selepas pilihan raya tamat.

Iklan

Baru-baru ini tular gambar Arvind memberi wang kepada sukarelawan PH selepas penamaan calon PRK Cameron Hinglands, Sabtu lalu.

Gambar tersebut mendapat perhatian pemimpin BN termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.