Risiko besar jika PN tadbir negara - Nizar

Iklan
Dari kiri: Mohammad Nizar, Kar Hing, Sandra dan Chai Yi melayani aduan penduduk sempena Program Temu Rakyat Parlimen Gopeng di Padang Awam, Taman Lapangan Jaya di sini pada Sabtu.

IPOH – Negara berdepan risiko besar sekiranya Perikatan Nasional (PN) diberi mandat untuk mentadbir kerajaan berikutan pergolakan dalaman yang berlaku dalam gabungan berkenaan ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, konflik berpanjangan melibatkan pimpinan parti komponen PN menunjukkan kegagalan mereka menampilkan kestabilan politik yang diyakini rakyat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pertelingkahan antara pemimpin Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan sahaja menjejaskan keutuhan gabungan itu, malah membuktikan PN belum bersedia untuk menguruskan pentadbiran negara.

"Jadi kalau mereka nak ambil alih kerajaan maka kita telah pun memperjudikan masa depan kita, anak-anak kita kerana situasi yang ditunjukkan mereka ini kelakuan tak elok.

Iklan

"Saya merasakan bahawa semua pengundi terutama di Parlimen Gopeng di ketiga-tiga DUN (Dewan Undangan Negeri) ini tidak ada pilihan, mereka kena pilih Pakatan Harapan dan juga Barisan Nasional. Yang ini yang memberikan satu jaminan untuk masa depan anak kita,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas Program Temu Rakyat Parlimen Gopeng di Padang Awam, Taman Lapangan Jaya di sini pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama pada program berkenaan, Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing; ADUN Teja, Sandrea Ng dan ADUN Simpang Pulai, Wong Chai Yi.

Mohammad Nizar berkata, kerajaan Perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) ketika ini berjaya mengekalkan kestabilan politik dan sosial sekali gus membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada pemulihan serta pertumbuhan ekonomi.

"Alhamdulillah, hari ini pelaburan terus masuk, inflasi dapat dibendung dan ekonomi menunjukkan peningkatan.

"Semua ini hanya dapat dicapai apabila negara berada dalam keadaan stabil,” ujar bekas Menteri Besar Perak itu.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi di Parlimen Gopeng termasuk DUN Sungai Rapat, Teja dan Simpang Pulai agar terus memberi sokongan kepada PH dan BN pada pilihan raya akan datang demi menjamin masa depan yang lebih terjamin.

Dalam pada itu, Mohammad Nizar yang juga exco kerajaan negeri Perak berkata, sepanjang tahun lalu pihaknya bersama wakil rakyat lain telah melaksanakan program hari temu pelanggan yang berjaya menangani kira-kira 1,500 aduan rakyat di seluruh negeri.