Proton Persona terbakar nahas 4 kenderaan

Iklan
Anggota bomba memadamkan kebakaran kereta Persona selepas terlibat dalam kemalangan empat kenderaan di Kilometer 43, sempadan Mersing. - Foto JBPM Johor

MERSING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera di kepala selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 43, sempadan Mersing, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.49 petang itu, kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda Accord, Proton Persona, Perodua Myvi serta sebuah lori treler seberat 52 tan.

Iklan
Iklan

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Azlan Hamzah berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada jam 2.49 petang.

"Seramai lapan anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer.

Iklan

“Terdapat seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang berada dalam Honda Accord mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Keadaan kereta Persona yang terbakar selepas terlibat dalam nahas empat kenderaan di Kilometer 43, sempadan Mersing. - Foto JBPM Johor

Iklan

Menurut beliau, sebuah Proton Persona didapati terbakar dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 80 peratus, namun dua mangsa dalam kenderaan tersebut dilaporkan selamat.

Katanya, kemalangan itu turut melibatkan sebuah Perodua Myvi yang membawa tiga mangsa serta sebuah lori treler dengan seorang mangsa, namun kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua tujuh mangsa yang terlibat telah diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.

“Tindakan pemadaman kebakaran dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.47 petang," ujarnya.