Mental kental SJKC
Iklan
Kanak-kanak berumur enam tahun wajar diberi peluang memulakan persekolahan tanpa tekanan awal. - Gambar hiasan.
KEBELAKANGAN ini, topik SJKC kembali hangat dibincangkan, bukan sahaja dalam kalangan ibu bapa bukan Cina, malah dalam komuniti Cina sendiri. Minggu ini saya ingin berkongsi pengalaman sebagai seorang anak Cina yang mempelajari bahasa ibunda dan budaya Cina di sekolah, sedangkan bahasa utama di rumah ialah bahasa Inggeris.
Walaupun budaya SJKC hari ini sudah banyak berubah berbanding 30 tahun dahulu, elemen kerja sekolah yang banyak, disiplin pembelajaran dan penekanan terhadap akademik masih kekal.