Krisis ‘ciptaan sendiri’ jerat Muhyiddin dan Pas
Iklan
Pertemuan terkini antara Muhyiddin (tiga dari kiri) dan Abdul Hadi (dua dari kiri) sambil diiringi pemimpin utama Pas dan Bersatu sepatutnya menjadi pencetus kepada usaha penyelesaian polemik kekosongan jawatan Pengerusi PN sejak hampir sebulan lalu.
PEMBATALAN mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada saat-saat akhir bukan sekadar isu teknikal jadual atau logistik, sebaliknya mencerminkan episod kritikal dalam krisis pergelutan kuasa gabungan pembangkang itu.
Keputusan menggantikan mesyuarat ‘luar biasa’ berkenaan dengan pertemuan tertutup empat ketua parti komponen di kediaman Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengundang tafsiran bahawa PN kini berada di persimpangan dilema dalam menentukan teraju kepimpinan baharu.