20 maut, 11 ditahan dalam serangan di Lapangan Terbang Niamey

Iklan
Serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Diori Hamani di Niamey. Foto Reuters

NIAMEY - Pasukan Pertahanan dan Keselamatan Niger (FDS) pada Khamis membunuh sekurang-kurangnya 20 tentera upahan dan menahan 11 yang lain susulan serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Diori Hamani di Niamey, lapor agensi berita Xinhua

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan Niger berkata, FDS turut merampas sejumlah besar peralatan perang serta beberapa motosikal yang digunakan oleh penyerang.

Iklan
Iklan

Menurut kementerian itu, serangan berkenaan berlaku pada Rabu malam hingga Khamis apabila sekumpulan tentera upahan, yang menjalankan misi diarahkan dari jarak jauh, menyasarkan Pangkalan Udara 101 berhampiran lapangan terbang berkenaan.

Penyerang yang menunggang motosikal dengan lampu dipadam terpaksa berundur selepas serangan selama kira-kira 30 minit, katanya sambil menambah bahawa kebanyakan individu yang ditahan mengalami kecederaan parah.

Iklan

Seramai empat anggota tentera turut cedera dalam kejadian itu.

Sebelum melarikan diri, tentera upahan terbabit turut melepaskan tembakan ke arah tiga pesawat awam, termasuk dua milik syarikat penerbangan Asky. - Bernama

Iklan