Kelantan miliki tanah rizab Melayu terluas - NRES

Iklan
Kelantan mencatatkan keluasan TRM tertinggi negara iaitu sebanyak 1.36 juta hektar pada tahun 2024.

KUALA LUMPUR - Kelantan mencatatkan keluasan tanah rizab Melayu (TRM) tertinggi negara iaitu sebanyak 1.36 juta hektar pada tahun 2024.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan, kedudukan itu mendahului negeri lain seperti Perak dengan keluasan sebanyak 953,212.43 hektar, Kedah (809,142.22 hektar) dan Johor (561,802.6 hektar).

Iklan
Iklan

"Keluasan TRM di Pahang pula 444,074.9 hektar diikuti Negeri Sembilan (224,483.22 hektar), Selangor (164,743.96 hektar), Perlis (33,554.48 hektar) dan Kuala Lumpur (1,004 hektar).

"TRM di Terengganu pula seluas 2,378.89 hektar manakala tanah pegangan Melayu di negeri sama adalah 401,129 hektar," katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Iklan

Jawapan dikemukakan Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PN-Kuala Terengganu) mengenai pecahan keluasan TRM mengikut negeri termasuk perubahan keluasan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini serta langkah kerajaan bagi memastikan pemeliharaan dan perlindungan status secara berterusan.

Menurut NRES, keluasan keseluruhan TRM di Semenanjung Malaysia merekodkan peningkatan bersih sebanyak 135,063.46 hektar kepada 4.95 hektar berbanding 4.82 hektar bagi tempoh lima tahun bermula tahun 2020.

Iklan

Bagaimanapun katanya, keseluruhan keluasan itu tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka berikutan kedua-dua negeri berkenaan tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu (ERM).

Bagi pengurusan dan perlindungan TRM, NRES memaklumkan ia tertakluk kepada beberapa kerangka undang-undang utama, antaranya Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan perlindungan khas serta keperluan penggantian tanah setara jika berlaku pembatalan pengisytiharan.

"ERM di negeri-negeri yang berkenaan, termasuk peruntukan berkaitan pengisytiharan, pembatalan, sekatan pemilikan serta larangan pegangan kepentingan oleh bukan Melayu.

"Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 828] yang mengawal selia pentadbiran tanah secara am termasuk pendaftaran hak milik dan kepentingan serta pertimbangan dan kelulusan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN), khususnya berkaitan penyelarasan dasar tanah dan pengumpulan data TRM di peringkat Persekutuan," katanya.