'Pas tidak tamak' - Ahmad Fadhli

Iklan
Ahmad Fadhli

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyelar dakwaan yang mengatakan sikap tamak pemimpin parti itu telah mengorbankan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau menegaskan sekiranya parti itu tamak, mereka tidak serahkan jawatan ketua pembangkang kepada parti lain sedangkan Pas mempunyai kerusi paling banyak.

Iklan
Iklan

"Jika Pas tamak, sejurus selepas PRU (Pilihan Raya Umum), Pas akan terus menuntut jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) kerana jumlah kerusi Pas lebih banyak.

"Tetapi Pas hanya bangkitkan soal Pengerusi PN hanya selepas melihat arah tuju Bersatu yang semakin membimbangkan dan memberi kesan kepada PN," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan di Facebooknya pada Jumaat sebagai maklum balas terhadap rencana sebuah akhbar berkaitan Pas dan Bersatu yang turut memetik kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, Pas hanya mahu selamatkan situasi, bergerak dengan gerak kerja sepatutnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Iklan

Beliau dalam kenyataan sama dan tanpa menulis sebarang nama mengatakan:"Anda dan beberapa kerat pemimpin anda nampaknya tidak berminat ke arah itu.

"Anda dan beberapa kerat pemimpin anda yang tamak, masuk Bersatu pada tahun 2023 selepas PRU dan pandai-pandai label Pas sebagai tamak dan pemimpinnya gila jawatan," katanya.