Lebih 40 variasi al-Quran dijual di Karangkraf Ramadan Bookfest

Iklan
Wan Nurulamni menunjukkan corak terbaharu al-Quran Organizer Mu'jam (A02) yang dijual sepanjang Karangkraf Ramadan Bookfest.

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Buku Karangkraf menyajikan lebih 40 variasi naskhah al-Quran pelbagai saiz yang dijual sepanjang 10 hari penganjuran Karangkraf Ramadan Bookfest sebagai persediaan menyambut bulan mulia yang bakal tiba tidak lama lagi.

Eksekutif Pemasarannya, Wan Nurulamni Wan Ahmad Sanadi berkata, antara yang menjadi pilihan ramai ialah al-Quran Mu’jam – Organizer (A02) yang ditawarkan pada harga promosi hanya RM71.25, manakala pakej kombo dijual pada harga RM135 khusus untuk pemegang kad VIP Karangkraf.

Iklan
Iklan

Menurutnya, al-Quran tersebut sesuai dijadikan hadiah kepada rakan-rakan atau sebagai hantaran perkahwinan kerana saiznya yang kecil, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

“Bagi al-Quran Muslimah saiz A5 pula, harga istimewa ditawarkan buat pemegang kad VIP hanya RM33.75 (harga asal RM45). Manakala al-Quran Mu’jam – Organizer (A5) pula dijual pada harga RM71.25, namun jika membeli lebih daripada 20 naskhah, diskaun 30 peratus diberikan iaitu RM66.50.

Iklan

“Al-Quran Organizer Multazam saiz A6 untuk pelanggan VIP ditawarkan pada harga RM28.50 berbanding harga asal RM38. Harga menjadi lebih murah jika pembelian melebihi 20 naskhah, iaitu RM26.60.

“Sekiranya membeli al-Quran Muslimah HC A5 dan al-Quran Multazam A5, kami sediakan pakej hantaran termurah dengan harga kombo hanya RM60. Buat masa ini tiada keluaran naskhah terkini, namun kami memperkenalkan empat corak cover baharu al-Quran lengkap dengan poket,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Bagi menyemarakkan lagi bulan puasa yang bakal tiba, Karangkraf Ramadan Bookfest akan berlangsung dari 30 Januari hingga 8 Februari ini, bermula jam 9 pagi hingga 7 malam di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 di sini.

Variasi al-Quran yang ditawarkan termasuk jenis tajwid berwarna, terjemahan perkata, per juzuk serta terjemahan bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pembaca dari pelbagai peringkat usia.

Diskaun sehingga 25 peratus turut diberikan untuk pembelian buku dan al-Quran, selain pakej istimewa al-Quran bersama rehal yang lebih berbaloi sebagai persiapan menyambut Ramadan.

Selain bahan bacaan, pelbagai barangan keperluan ibadah turut dijual seperti telekung, sejadah, sejadah mini dan kurma, menjadikan Karangkraf Ramadan Bookfest sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga.

Justeru, Wan Nurulamni berharap warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudi meluangkan masa pada hujung minggu untuk hadir ke Karangkraf Ramadan Bookfest yang berfungsi sebagai pusat sehenti menyediakan pelbagai kelengkapan menyambut bulan puasa.

“Kalau tidak tahu di mana hendak cari kelengkapan Ramadan, datanglah ke Karangkraf Ramadan Bookfest kerana semuanya tersedia di sini,” ujarnya.