Bukan sekadar dokumen pengenalan diri
Iklan
MyKad kini menjadi dokumen penting rakyat Malaysia dalam pelbagai urusan kerajaan, perbankan, kesihatan dan keselamatan. - Gambar kecil: Mohsen
My Kad kini sudah menjadi kuasa baharu dalam urus tadbir termasuk pemberian subsidi
SHAH ALAM - MyKad dilengkapi reka bentuk dan ciri keselamatan baharu yang bakal diperkenalkan pada 1 Jun ini akan memperkukuhkan lagi tahap keselamatan kad pengenalan rakyat Malaysia, selaras perubahan teknologi dan keperluan semasa.
Pensyarah Kanan Pusat Kompetensi Keselamatan Siber dan Forensik Digital, Dr Mohsen Mohamad Hata berkata, pembaharuan itu juga selari usaha membanteras pemalsuan kad pengenalan kerana ia bukan lagi sekadar dokumen pengenalan diri, sebaliknya kuasa baharu dalam ekosistem digital dan tadbir urus moden termasuk pemberian bantuan atau subsidi kerajaan.