Mesyuarat di rumah Muhyiddin: 'Jemput pun tidak, macam mana nak hadir' - Hamzah

Iklan
Hamzah ketika dalam sidang media di Dewan Rakyat pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan tidak dijemput untuk hadir dalam mesyuarat awal (pra-majlis) di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis.

Ketua Pembangkang itu berkata, jika tiada jemputan, beliau tidak boleh menghadiri acara berkenaan yang akan diadakan pada malam ini.

Iklan
Iklan

“Bukan macam itu, (sepatutnya soalan begini) adakah Datuk Seri dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini?

“Jemput pun tidak, nak suruh hadir macam mana?,” katanya ketika dalam sidang media di Dewan Rakyat pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai kehadiran beliau dalam mesyuarat tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang sepatutnya berlangsung pada Khamis dibatalkan dan digantikan dengan mesyuarat pra-majlis di kediaman Muhyiddin.

Iklan

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Difahamkan, pertemuan melibatkan ketua-ketua parti itu adalah mesyuarat awal bagi 'menentukan hala tuju' sebelum Majlis Tertinggi PN bersidang untuk mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN serta melantik penggantinya.