Fitnah terhadap Azam Baki, Albert Tei dipanggil beri keterangan

Iklan
Albert Tei. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Albert Tei hadir ke Bukit Aman pada 10.44 pagi hari ini bagi memberi keterangan berhubungan laporan polis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa beliau memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Beliau yang hadir bersama peguamnya, N Surendren dan Mahajoth Singh, selesai memberi keterangan pada 12.40 tengah hari.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Surendren dalam sidang medianya berkata, anak guamnya dipanggil ke Bukit Aman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Pada 27 November lepas, seorang pegawai SPRM membuat laporan polis berhubung klip video tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita dan Tei, yang didakwa mengandungi tohmahan terhadap Azam. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan