106 operasi sanitasi awam dalam 48 jam akan datang: Ismail
Iklan
SEREMBAN - Sebanyak 106 operasi sanitasi awam dirancang dilaksanakan dalam tempoh 48 jam akan datang meliputi kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon merah, jingga dan kuning di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib.
Beliau yang hadir meninjau proses sanitasi awam di sekitar Stesen KTM Seremban hari ini berkata, operasi berkenaan dijangka akan melibatkan seramai lebih 1,500 anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).