Malaysia belum bersedia, bajet RM10 juta tidak cukup
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Hezeri
SHAH ALAM - Malaysia masih belum bersedia untuk mewajibkan kaedah pelupusan kenderaan berusia 20 tahun ke atas meskipun kerajaan mengumumkan pemberian rebat diperluaskan kepada beberapa model kereta tempatan.
Penganalisis automotif, Hezeri Samsuri berkata, banyak negara dunia pertama juga tiada akta mewajibkan pelupusan kenderaan lusuh, sebaliknya melakukan pemeriksaan berkala sahaja bagi memastikan keutuhan dan keselamatan di jalan raya.