Dilema beralih pilihan baharu
Iklan
Pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun masih berdepan dilema untuk beralih kepada kenderaan baharu di bawah inisiatif Program Geran Padanan. Gambar kecil dari kiri: Syed Mohd Badril Hisham, Mustafar, Muhamad Anwar dan Amira Natasha
SHAH ALAM – Pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun masih berdepan dilema untuk beralih kepada kenderaan baharu di bawah inisiatif Program Geran Padanan bagi Penggantian Kenderaan Lama, meskipun skim tersebut dilihat sebagai langkah positif kerajaan.
Pereka grafik, Syed Mohd Badril Hisham Syed Abdul Khalid, 43, berkata, beliau belum melihat keperluan untuk menukar kenderaan lamanya kerana masih berada dalam keadaan baik dan berfungsi seperti biasa.