Wang tunai RM20,600 menanti pemancing di Terbuka Perlis

Iklan
Wan Mohd Fitri (kiri) menerima surat kelulusan daripada wakil MPK.

KANGAR – Hadiah wang tunai berjumlah RM20,600 menanti pemenang pertandingan memancing Terbuka Perlis di Pantai Kuala Sungai Baru dekat sini, Sabtu ini.

Pertandingan itu anjuran Kelab Sukan Memancing Geng Pancing Unik (GPU) itu menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 untuk juara, RM2,000 untuk naib juara manakala tempat ketiga menerima RM1,000.

Iklan
Iklan

Pemenang keempat hingga ke-60 juga akan menerima hadiah wang tunai antara RM120 hingga RM600 setiap satu.

Presiden GPU, Wan Mohd Fitri Wan Shahidan berkata, ia adalah penganjuran kali pertama selepas hampir setahun tiada pertandingan di situ.

Iklan

“Pantai Kuala ungai Baru yang sepanjang lebih tiga kilometer, sangat sesuai bagi pertandingan memancing terutama ketika air pasang besar.

“Pantai yang dihadang dengan tembok batu dan jalan raya sepanjang pantai memudahkan peserta untuk meletak kenderaan dan mnyertai pertaandingan.

Iklan

Wan Mohd Fitri (kiri) menerima surat kelulusan daripada wakil MPK.

“Bagi acara kali ini, pihak kelab telah menerima kelulusan daripada ketua kampung, Polis Diaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs),’’ katanya ketika menerima surat kelulusan daripada MPK bagi penganjuran kali ini.

Beliau berkata, ini adalah kali pertama kebenaran daripada MAIPs diperlukan bagi penganjuran pertandingan memancing di Perlis dan ia membuktikan bahawa, acara yang dianjurkan oleh GPU itu mematuhi hukum syarak.

Katanya, kaunter pendaftaran akan dibuka di Pantai Kuala Sungai Baru bermula jam 4 petang hingga 8 malam pada Jumaat dan dibuka semula jam 7 pagi pada Sabtu, hingga pertandingan bermula.

Pertandingan yang diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 itu berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Yuran ialah RM70 untuk satu joran dan peserta boleh memenangi lebih daripada satu hadiah yang ditawarkan.