Bandar futuristik Neom bakal jadi hab pusat data AI

Iklan
Neom pada asalnya dirancang untuk beroperasi tanpa jalan raya, kereta atau pelepasan gas.

RIYADH – Arab Saudi akan mengurangkan skop projek mega futuristik bercita-cita tinggi, Neom di bawah inisiatif Visi 2030 yang kini berdepan isu kos serta kelewatan berulang.

Projek utama yang dijadualkan siap dalam tempoh empat tahun lagi itu turut mengandungi rancangan pembinaan bandar digelar The Line, yang menampilkan bangunan pencakar langit setinggi 500 meter di kawasan padang pasir.

Iklan
Iklan

Namun, projek tersebut terpaksa ditangguhkan pada tahun lalu selepas Riyadh mencari pendekatan baharu yang lebih menjimatkan.

Akhbar Financial Times (FT) menganggarkan kira-kira AS$50 bilion (RM196 bilion) telah dibelanjakan sehingga November 2025.

Iklan

"Putera Mahkota, Mohammed bin Salman (MBS) mahukan 'projek yang lebih kecil'. Projek The Line yang menelan kos AS$500 bilion (RM1.96 trilion) akan dikurangkan," menurut laporan FT.

Neom kini dijangka beralih fokus untuk menjadi hab pusat data bagi merealisasikan cita-cita MBS untuk menjadikan Arab Saudi sebagai peneraju global dalam industri kecerdasan buatan (AI).

Iklan

Difahamkan, Sindalah iaitu pulau mewah pertama untuk aktiviti kapal layar, dibuka secara rasmi pada Oktober 2024 dan merupakan satu-satunya bahagian Neom yang telah beroperasi setakat ini. – Agensi