Mengapa saya masih didekati gadis cantik
Iklan
Rata-rata gadis cantik itu sudah pun menjadi friend kepada rakan tulen saya di media sosial. Foto Imej janaan AI
SEHINGGA hari ini saya masih mendapat permintaan ramai daripada gadis-gadis cantik yang mahu menjadi rakan kenalan di Facebook.
Rata-rata gadis cantik itu sudah pun menjadi friend kepada rakan tulen saya di media sosial milik Mark Zuckerberg itu. Ada dari macam-macam negara seperti Jepun, Korea, China dan macam-macam lagi. Ajaibnya walaupun wajah seperti dari Afrika Selatan sekali pun, semuanya cantik-cantik belaka macam model.