Kartel sana, kroni sini
Iklan
Berita terbaharu SPRM membekukan 21 akuan bank dan menyita aset dalam Op Layar membabitkan seorang pegawai tertinggi TLDM.
SELAMA ini kita hanya mengagak-agak ada kartel dalam soal perolehan mega di banyak kementerian. Ini termasuklah di Kementerian Pertahanan (Mindef). Ada khabar ribut (bukan sekadar angin) bahawa di banyak kementerian yang besar bajetnya macam Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan, ada juga kartel tertentu yang selama ini sudah berakar umbi. Mereka yang control perolehan. Tapi susah nak dibuktikan. Lagipun banyak pelindung dan penaung mereka.
Jadi bila Tuk Seri PMX sendiri sahkan memang wujud kartel, sudah terang disuluh lagi. Beliau juga Menteri Kewangan, tentulah tahu di mana dan bagaimana kartel ini beroperasi.